Uncang Emas Plus

Bagi mereka yang ingin membina simpanan emas untuk jangka panjang, memilih produk yang sesuai merupakan langkah penting. Setiap produk simpanan emas mempunyai ciri dan kelebihan yang berbeza mengikut keperluan penyimpan.

Salah satu pilihan yang ditawarkan oleh KAB Gold ialah Uncang Emas Plus (UE+), iaitu produk simpanan emas yang direka khusus untuk mereka yang ingin menikmati harga pembelian yang lebih kompetitif serta spread yang lebih rendah. Jika Tuan/Puan masih belum mengenali produk ini, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui.

Apa yang menarik tentang Uncang Emas Plus (UE+)?

Antara kelebihan UE+ ialah:

  • Harga pembelian lebih rendah berbanding Uncang Emas biasa.
  • Spread lebih rendah, sekitar 6% hingga 7%.
  • Pembelian minimum serendah 1 gram.
  • Sesuai untuk simpanan emas jangka panjang.
  • Lebih fleksibel bagi mereka yang fokus kepada simpanan jangka panjang dan tidak mengutamakan pengeluaran emas fizikal.
  • Pengeluaran emas fizikal boleh dibuat dengan minimum 1 keping denominasi 100 gram.
  • Proses pengeluaran emas fizikal mengambil masa sehingga 15 hari.
  • Apakah perbezaan antara Uncang Emas dan Uncang Emas Plus?

Uncang Emas lebih sesuai untuk mereka yang mahukan pembelian minimum yang rendah serta lebih fleksibel untuk membuat pengeluaran emas fizikal.

Sebaliknya, Uncang Emas Plus (UE+) lebih sesuai untuk mereka yang memberi tumpuan kepada simpanan emas jangka panjang, ingin menikmati spread yang lebih rendah, dan tidak mengutamakan pengeluaran emas fizikal dalam denominasi yang kecil.

Kesimpulan

Tiada satu produk yang sesuai untuk semua orang. Pilihan terbaik bergantung kepada matlamat kewangan, tempoh simpanan dan keperluan setiap individu.

Sekiranya matlamat Tuan/Puan adalah untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit sebagai simpanan jangka panjang, Uncang Emas Plus (UE+) merupakan antara pilihan yang wajar dipertimbangkan kerana menawarkan spread yang lebih rendah serta kos pembelian yang lebih kompetitif.

Sebelum membuat keputusan, pastikan Tuan/Puan memahami ciri-ciri setiap produk supaya simpanan emas yang dibina benar-benar selaras dengan perancangan kewangan dan objektif pelaburan masing-masing.


Uncang Emas Plus (UE+)

Beli gram emas dalam akaun.

  • Belian minimum 1g.
  • Harga per gram lebih murah.
  • Tiada caj premium.
  • Tiada upah simpan.
  • Boleh jual semula gram tersebut (buyback).
  • Boleh difizikalkan mulai 100g simpanan (tertakluk kepada caj premium).
  • Minimum item pengeluaran ialah 10g.

Uncang Ema Plus (UE+) sesuai untuk

  • Yang berbajet kecil.
  • Yang nak simpan sikit-sikit.
  • Yang tak kisah pasal emas fizikal.
  • Yang nak simpan & jual semula
  • dalam sistem sahaja.

Cara pembelian melalui website boleh rujuk di sini