
Ramai tertanya-tanya apakah itu caj premium?
Caj premium ialah kos untuk proses penghasilan emas ke dalam bentuk item seperti gold bar atau dinar.
Emas KAB Gold yang dipaparkan di laman web dijual berdasarkan harga emas semasa.
π Harga uncang emas dikemas kini setiap jam 12 tengah malam
π Harga belian terus dikemas kini setiap 20 minit
Harga uncang emas tidak termasuk caj premium.
Caj premium hanya dikenakan apabila emas tersebut difizikalkan ke dalam bentuk tertentu seperti gold bar atau dinar.
π Ibarat membeli ayam
Harga ayam segar di pasar tidak sama dengan harga ayam goreng yang dijual oleh KFC atau McD.
Kos tambahan untuk menghasilkan produk akhir itulah yang dinamakan sebagai premium.
Bagaimana dengan belian terus?
Caj premium telah dimasukkan dalam harga yang dipaparkan.
Contoh:
Harga gold bar 1 gram = RM300
β Harga ini telah termasuk caj premium
β Pembeli hanya perlu membayar harga yang tertera tanpa sebarang caj tambahan
Bagaimana pula dengan akaun uncang emas?
β Tiada caj premium semasa pembelian
β Caj premium hanya dikenakan apabila ingin mengeluarkan emas fizikal
Contoh:
Harga uncang emas 1 gram = RM290
β‘ Beli dan simpan dalam akaun β tiada caj premium
β‘ Keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar β dikenakan caj premium
Harga caj premium KAB Gold boleh dirujuk pada gambar yang disediakan
Ingat emas, segalanya di KAB Gold
Ingin membuka akaun uncang emas KAB Gold secara percuma?
β Klik sini KABGold.org
Admin
KABGold.org